Gelagat anak kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa yang bertindak untuk menutup muzik ketika ibunya sedang menyanyi mencuit perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Afwa yang juga anak tunggal lelaki Siti berkata dia mematikan muzik itu kerana ‘bising’. Dalam video tersebut memaparkan Siti sedang menyanyikan lagu raya yang berjudul Nazam Lebaran bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah. Klik sini untuk lihat video.
“Tak baik tau, ibu tengah nyanyi.”Selamba dia cakap, ‘ibu bisinglah’.” Tindakan selamba Afwa membuatkan Siti tergamam lalu tertawa kerana tidak menyangka anaknya itu akan menutup muzik berkenaan. Video tersebut menjadi tular dan kini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta setakat artikel ini ditulis. Menjengah ke ruangan komen, sesetengah netizen terhibur dengan gelagat Afwa.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.