Pempengaruh terkenal, Aisar khaled dilihat seperti kantoi buat muka rimas apabila diserbu peminat Indonesia sehingga menyentuhnya tanpa sebarang batasan. Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai eliyanna007, Aisar dilihat tidak mengendahkan peminat-peminat terutamanya golongan wanita yang berada betul-betul dikelilingnya. Dia yang seakan fed up dan letih terus mengambil telefon dari poket seluar sebelum bermain gadget tersebut tanpa menghiraukan mereka. Klik sini untuk lihat video.

Pempengaruh yang sedang ‘mendonia’ di Indonesia itu juga sempat menguis tangan seorang kanak-kanak yang tidak henti-henti menyentuhnya sebelum bangun bergerak meninggalkan bangku yang diduduk. Dia kemudian bercakap dengan seseorang tanpa mengambil peduli peminat-peminat wanita yang sedang berteriak memanggil namanya di belakang untuk bergambar. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata beranggapan bahawa pempengaruh berkenaan sudah mulai rimas dengan keadaaan seperti itu.
Mereka juga merasakan privasi Aisar seakan mulai hilang selepas dia terkenal di sana kerana kerap diserbu sehingga tiada ruang untuk bergerak. Sekadar info, Aisar Khaled ketika ini sedang mencipta nama di Indonesia selepas penyertaannya dalam satu pertandingan boxing. Dia yang menjadi sebutan rakyat di negara terbabit mulai mendapat perhatian apabila menyuarakan hasrat untuk berkawan dengan seorang pempengaruh terkenal Indonesia dikenali sebagai Fuji.



Sejak dari itu, Aisar telah mengelilingi Indonesia dengan membuat konten berkongsi rezeki sehingga digelar ‘Sultan Malaysia’ oleh masyarakat di sana. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.