Polis mengesahkan tak terima sebarang laporan berhubung dakwaan kehilangan wang berjumlah RM70,000 milik arwah Akiko Okumura seperti yang didakwa suaminya, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura. Memetik laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan sehingga kini mereka tak terima sebarang laporan dibuat oleh Ridzuan mengenai perkara itu.
“Setakat ini pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut,” katanya. Hal ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Ridzuan dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini apabila mendakwa wang yang disimpan di dalam sampul dan diletakkan di dalam beg tangan arwah isterinya telah hilang secara misteri. “Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan setelah balik bercuti dari Jepun Februari lalu.
Masa itu saya dalam keadaan kehilangan jadi baru nak periksa semula apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan,” ujarnya. Dia meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang tergamak mengambil duit tersebut memandangkan mereka sekeluarga masih lagi dalam fasa bersedih diatas pemergian isteri tersayang. “Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil, bukan orang luar, orang sekeliling juga sebab yang datang ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” luahnya.

Sekadar info, Ridzuan sebelum ini kehilangan isterinya, Akiko, yang meninggal dunia bulan lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.