Pempengaruh media sosial, Ananda Natasha mengakui Ramadan tahun ini merupakan pengalaman berpuasa paling sunyi sepanjang hidup. Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha atau mesra disapa Tasha berkata, sehingga Ramadan ke-20, dia masih tidak dapat merasai suasana atau ‘vibes’ berpuasa disebabkan berjauhan dengan ibunya. “Ramadan kali ini merupakan Ramadan paling sunyi dalam hidup saya. Tahun lalu ibu saya datang dan berpuasa bersama, tetapi tahun ini dia tidak dapat datang sebab tak sihat. Klik sini untuk lihat video.

Saya juga ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan saya tidak dapat pulang ke kampung untuk berpuasa. Bulan puasa kali ini saya tidak dapat suasana puasa macam orang lain. Saya tak dapat berbuka macam keluarga orang lain. Boleh ke saya nak menangis?” Tambah Tasha lagi, dia juga tidak mempunyai jawapan setiap kali diajukan pertanyaan mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Apabila orang tanya saya beraya di mana, saya tak tahu nak jawab. Saya memang tak rasa ‘vibes’ untuk sambut raya. Tapi saya tahu, saya tidak keseorangan, saya masih ada kawan-kawan dalam ini (media sosial). Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.