Arwah ayah juga berbangsa india yang memeluk islam, Azad Jazmin harap dapat dimaafkan

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin membuat permohonan maaf secara terbuka susulan penularan video yang dikatakan telah mempersenda upacara agama lain di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Azad atau nama lengkapnya Azad @ Jazmin John Louis Jefri mengakui kesilapannya yang telah mengguris hati masyarakat berbangsa India.

“Sebenarnya saya buat video ini khas buat khas untuk kawan-kawan, sahabat, keluarga dan peminat saya yang berbangsa India. Sejujurnya saya juga mempunyai darah keturunan India di mana arwah ayah saya berbangsa India yang memeluk agama Islam. Dan ramai juga ahli keluarga saya yang marah sebab mereka rasakan tindakan kami itu sangat tidak sopan langsung.”

Di akhir video, pelakon filem ‘Kongsi’ ini berharap agar mereka yang terkesan sudi memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. “Saya mengaku, salah tetap salah. Jadi, saya nak minta maaf kepada semua peminat dan mereka yang berbangsa India. Kami juga telah buat permohonan secara terbuka dan berharap sangat kawan-kawan dan keluarga saya yang berbangsa India sudi memaafkan kami.”

Terdahulu, tularnya video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi, sambil pelawak iaitu Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa. Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana ia penghinaan kepada tradisi Hindu. Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin selaku penyampai radio bagi stesen radio berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Trio itu kemudiannya disahkan akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *