Bakal madu teruja ceritakan persiapan majlis, Nur Nilam sampai menggigil lepas dapat gambar dewan kahwin

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial dan usahawan, Nur Nilam Ortiz, berkongsi momen bakal madu teruja menghubunginya mengenai persediaan majlis perkahwinan dengan suaminya, Azlan Komeng. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat ‘shaking’ apabila menerima gambar dewan majlis kahwin daripada bakal madu. Klik sini untuk lihat video.

“Aku shaking pagi ini. Dia (bakal madu) hantar gambar dewan kahwin. Aku dah block dah dia. Nampak tak gigih dia mencari aku. Lawan tetap lawan. Dia main gila dengan aku. Mungkin dia fikir Abang Lan banyak duit kot. Duit Abang Lan tu duit aku.” Tambahnya, dia segera menyekat nombor telefon wanita berkenaan kerana enggan menerima sebarang info darinya mengenai persiapan majlis perkahwinan.

Berkongsi lebih lanjut, dia telah menghubungi peguam sebagai persediaannya menghadapi isu poligami. “Saya dah jumpa lawyer saya. Korang jangan risau, sebab saya ada persediaan saya sendiri. Saya jenis yang tak banyak cakap. Sebab kata-kata saya ini mahal. Sebab itu, bila saya jumpa wanita itu, saya tak banyak tanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menggangu rumah tangganya kerana inginkan perhatian daripada Azlan atau lebih mesra disapa Abang Lan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *