SELESAI mengerjakan ibadah umrah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberitahu air matanya sekali lagi mengalir ketika berada di hadapan Kaabah. Berbeza seperti tahun sebelumnya, kali ini Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia menangis sebagai tanda syukur atas segala rezeki yang dikurniakan. “Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang,” katanya. Bella menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Selasa. Dia berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Ahad bersama adiknya iaitu Didi Astillah. Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi nasihat kepada pengikut di media sosial agar sentiasa reda menerima ujian dan dugaan dalam kehidupan.
“Kepada yang sedang bersedih, mula untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir. Takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan, perasaan, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia. Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing, tapi disitulah letaknya kekuatan,” ujarnya. Dalam masa sama, dia juga sempat menitipkan ucapan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan ketika dia berdepan pelbagai cabaran.
Malah, dia berdoa semoga agar apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT. “Semoga apa yang saya doa kali ini juga termakbul,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.