Tak gentar sahut cabaran, Boss James tak sangka dah masuk tahun kelima berpuasa di bulan Ramadhan

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh, Boss James tidak sangka sudah masuk tahun kelima berpuasa di bulan ramadan bersama sahabat muslim yang lain. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Boss James di laman Instagramnya, walaupun akui bukan mudah untuk menjalani ibadah tersebut namun, dia tidak gentar menyahut cabaran daripada orang ramai untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

“Biasanya saya bersahur seorang atau berdua, tapi tahun ini berbeza sebab tahun ini saya sahur bersama pasukan saya. Dulu saya fikir, puasa sehari memang susah. Nak tahan lapar, dahaga rasa macam lambat masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun kelima berpuasa. Tahun ini banyak yang cabar saya, apa kata puasa penuh 30 hari, saya tak janji ya tapi saya akan cuba yang terbaik. Korang doakannya,” katanya.

Dalam pada itu, pempengaruh yang berbangsa Cina itu berharap umat Islam dapat menjalani ibadah berpuasa dengan baik dan segala amalan baik yang dilakukan diterima di sisi Allah. “Selamat menjalani ibadah puasa semua, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh-Nya,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Boss James dikurniakan hidayah dan terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Dalam pada itu, ramai berharap urusan Boss James dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan menjalani ibadah berpuasa sepanjang berpuasa pada bulan ramadan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *