Pempengaruh terkenal, Cik Epal memaklumkan dirinya tidak kisah jika ditakdirkan untuk hidup menjanda sehingga akhir hayatnya. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Cik Epal berharap agar dikurniakan seorang suami yang tenang jika ditakdirkan akan berumah tangga kali kedua. “Sebab itu banyak kali aku tulis kalau ada rezeki untuk berkahwin lagi, aku dah tak nak cari lelaki yang senang atau menang.

Aku nak lelaki yang tenang. Kalau tak jumpa yang menenangkan, aku okay ja hidup ‘single’ sampai mati. Aku lalui saja apa yang Allah dah takdirkan untuk aku. Sementara itu, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud mendakwa berdepan dengan tekanan ketika berumah tangga. Ujar ibu kepada dua orang anak lagi, stres yang dihadapi membuatkan dirinya pernah terdetik untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

“Masa aku dalam perkahwinan, memang aku pernah terfikir nak buat (tamatkan riwayat hidup). Aku akan muncul (di media sosial) waktu bercuti saja dan pernah juga masa aku ‘travel’ pon aku terfikir untuk tamatkan hidup aku. Sebab mental aku dah penat, aku pernah terfikir nak terjun bangunan masa aku ‘travel’. Waktu aku di rumah memang aku tak main media sosial sangat, sebab aku ‘depressed’. Bila aku bujang ini, aku aktif semula sebab hari-hari aku ada aktiviti.”
Cik Epal berkongsi perkara tersebut selepas seorang individu bermimpi dirinya sedang melakukan cubaan untuk membnh diri. Sekadar info, Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum rumah tangganya mula bergolak selepas bekas suaminya, Jofliam didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukan perusahaan pizzanya. Mereka kemudiannya berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.