Pelawak dan usahawan Shuib bersedia untuk menambah cahaya mata dalam keluarga kecilnya bersama isteri tercinta, Watie Hanifiah. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dilihat menanyakan pendapat anak-anak untuk menambah cahaya mata bersama Watie. Apa yang meraih perhatian apabila dilihat Talita, Uwais dan Mateen bersetuju untuk menerima ahli baru dalam keluarga. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Watie berkata, dia tidak kisah untuk menimang cahaya mata lelaki atau perempuan. “Mummy tak kisah. Tapi kalau dapat kembar, Alhamdulillah.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Shuib dan Watie dikurniakan cahaya mata. Selain itu, warganet turut memuji Watie yang berjaya membuat anak-anak tirinya merasakan kasih seorang ibu.



Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.