Hampir tiga dekat berkarya, Ellie Suriaty akui hilang beberapa job lepas tular video Imran Bard

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Ellie Suriaty mendakwa dia kehilangan beberapa ‘job’ susulan penularan konten video melibatkan dirinya yang dimuat naik pempengaruh terkenal, Imran Bard. Menerusi sesi podcast ‘Bukak Mulut’ bersama Affendy Jailani, Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar memaklumkan dia berasa sangat terkesan kerana kehilangan ‘job’ hanya disebabkan oleh video fitnah mengenainya tersebar meluas di media sosial. Klik sini untuk lihat video.

“Saya agak tertekan dengan perkara itu malah saya ada hilang ‘job’. Kita hilang ‘job’ disebabkan video fitnah selepas hampir tiga dekad saya berkhidmat untuk indsutri kreatif tanah air. Dan pada saya, sakit yang dirasai itu sangat lain.” Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Syurgamu Ramadan’ ini mengakui terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan tindakan yang melakukan sidang media mengenai isu tersebut.

Perjelas Ellie, sidang media merupakan platform buat penggiat seni untuk menyuarakan sesuatu. “Satu perkara yang ramai tak faham kenapa saya buat sidang media adalah sebab saya adalah penggiat seni kreatif. Macam mana kita nak menjelaskan sesuatu perkara adalah melalui sidang media. Dan dalam sidang media itu saya maklumkan yang saya difitnah dan sebagainya.

Saya juga menyuarakan yang saya sedang marah dan saya memang berhak untuk marah.” Sebelum ini, hangat di media sosial apabila Ellie mendakwa Imran sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah. Susulan itu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu. Mengakui kekhilafannya kerana telah menyinggung perasaan Ellie, Imran akhirnya membuat permohonan maaf selepas dikecam orang ramai.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *