Penentu sama ada teruskan saman atau tidak, Ellie Suriaty setuju nak jumpa dengan Imran Bard

Advertisements
Advertisements

PELAKON Ellie Suriaty bersetuju untuk berjumpa dengan pempengaruh Imran Bard dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka. Bagaimanapun Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berkata, ketika ini Imran masih berada di kampung halamannya di Kluang, Johor dan akan bertemu apabila dia pulang ke Kuala Lumpur. “Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa namun sekarang dia masih berada di kampung.

“Insya-Allah perjumpaan kami akan diadakan sekembalinya dia ke Kuala Lumpur nanti,” katanya. Ellie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Isnin. Dalam pada itu, Ellie menegaskan pertemuan itu nanti bakal menjadi penentu sama ada dia akan meneruskan saman terhadap pempengaruh itu atau sebaliknya. Kata Ellie, semuanya bergantung kepada niat Imran apabila mereka bertentang mata dan berbincang mengenai isu yang timbul.

“Ingin saya tegaskan sesi pertemuan ini akan menjadi penentu sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya. Ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf Imran terhadap saya,” jelasnya. Pada 20 Februari lalu, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.

Justeru, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut. Imran bagaimanapun menunjukkan sikap acuh tidak acuh ketika memohon maaf di dalam video TikTok miliknya selain memberitahu ibunya tidak dapat bertemu Ellie kerana sedang dirawat di hospital. Bagaimanapun menerusi laporan pada 26 Februari, Imran menyatakan dirinya menyesal dan sudah memohon maaf kepada Ellie secara peribadi di Instagram.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *