Lebih pentingkan kawan dari isteri, Fara Salleh akui dah nekad nak berpisah dengan Shuk Sahar

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh telah memfailkan perpisahan terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story, Fara meminta agar suaminya itu memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses perceraian mereka. “Aku teruskan untuk kesenangan Podcast Lepak Bapak dari Singapura. Korang hamak sangatkan?

Nanti korang pesan kat Shuk ni untuk bagi kerjasama tau, jangan korang halang menyusahkan prosedur pula.Kasihan sikit dekat aku bawa perut turun naik pejabat agama haritu.” Fara turut mendakwa bahawa Shuk tidak mengizinkan untuk bekerja, namun dalam masa yang sama, nafkah yang sepatutnya diterimanya juga tidak mencukupi.  

“Yang aku pelik, dah la aku tak diizinkan kerja, nafkah pun hm..Aku ada followers, aku buat review jual product tapi kenapa muka muka yang dalam Podcast Lepak Bapak yang menjual product skincare sunscreen/serum Shuk? Takut sangat eh aku berduit. Sanggup bagi product pada orang lain untuk jualkan. sebab tu pernah post sebelum ni ‘daripada tolong bapak bapak ni bagi bini makan kenapa tak tolong isi perut bini sendiri’ orang lain semua tolong bini.

Tambahnya lagi, Shuk sanggup memberikan produk kepada rakan-rakan podcasternya untuk dijual tetapi tidak pernah memberikan peluang yang sama kepadanya. “Nampakkan Shuk Sahar sanggup tolong orang luar berbanding isteri sendiri. Fahamkan kenapa akaun aku kadang-kadang ada tinggal RM30 ke RM50. And yes aku teruskan untuk berpisah atas beberapa sebab nama kawan kawan dia yang lain.’

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun berpisah pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. 

Sumber: OhBulan.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *