Terlalu sibuk sampai abaikan tanggungjawab, Fara Salleh beri bayangan seakan Shuk Sahar tak tahu tentang jantina anak

Advertisements
Advertisements

ISTERI Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sekali lagi secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap pelawak berkenaan berhubung rumah tangga mereka. Fara, 33, mendakwa Shuk terlalu sibuk berkerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya yang kini sedang berbadan dua. Fara juga seakan memberi bayangan suaminya itu tidak mengetahui tentang jantina anak mereka serta bila dia akan bersalin.

“Jantina anak kau tahu tak? Barang anak satu pun tak beli lagi. Aku kena bersalin awal, kau mana?,” katanya. Fara menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu.  Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa kesal apabila Shuk tidak menghargainya sebagai seorang isteri dengan mengungkapkan perkataan terima kasih atau minta maaf. Malah tanpa berselindung, Fara mendakwa Shuk tidak pernah mengajaranya tentang ilmu agama. “Dengan aku tak pernah dengar atau merasa terima kasih atau minta maaf. 

Kau tak pernah ajar aku agama. Kau akan ajar doa pendek atau apa-apa bab agama semua dalam call pada kawan-kawan kau. Aku saksi mata dan telinga,” katanya.  Ini bukan kali pertama Fara meluahkan perasaan mengenai situasi rumah tangganya di media sosial. Kecewa dengan sikap Shuk, Fara memaklumkan sudah memfailkan untuk berpisah terhadap Shuk pada awal Februari lalu. 

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun berpisah pada 22 Mac 2023.  Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *