Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menerima baik kehadiran penyanyi, Amira Othman. Ketika ditemui Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata keluarganya juga gembira dan merestui hubungan baiknya dengan Amira. “Alhamdulillah keluarga saya merestui, mereka suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya. Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.”
Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Itu ini menyifatkan Amira seorang rakan kerja yang baik dan mereka selesa berkawan rapat. Walau bagaimanapun, Fattah mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. “Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja.”
Sementara itu, Fattah juga sempat mengirimkan doa kepada Amira yang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah. “Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.