Ramai yang tanya pasal Bella Astillah, Ibu Syed Saddiq akui hanya berserah pada Allah

Advertisements
Advertisements

Ibu kepada Ahli Parlimen, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berserah kepada Allah sekiranya pelakon Bella Astillah bakal menjadi menantu dalam keluarganya kelak. Sharifah Mahani berkata demikian bagi menjawab persoalan daripada netizen sama ada aktres yang berusia 31 tahun itu sesuai untuk dijodohkan buat anak lelakinya ketika siaran langsung bersama pengikut di aplikasi TikTok. Klik sini untuk lihat video.

“Allah yang menentukan segala-galanya sayang,” ujarnya ringkas. Terdahulu, abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Syed Abdullah merestui hubungan adiknya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah. Kata Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, dia akan memberi sokongan penuh selain mengakui pasangan terbabit sangat sepadan apabila bersama.

“Setuju 100 peratus. Kalau mereka gembira, saya pun gembira. Comel gilakan (Syed Saddiq dan Bella),” kata pempengaruh itu memberikan maklum balas terhadap pertanyaan pengikut di laman sosialnya yang kini tular. Sebelum ini, Bella enggan untuk memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai status hubungannya dengan ahli politik tersebut kerana bimbang tersalah cakap.

Ibu tunggal kepada dua anak itu berkata pada ketika ini dia hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya selain kepada keluarga. Terdahulu, Saddiq menjadi perhatian ramai apabila dia kerap muncul dengan aktres Bella Astillah sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah. Malah, baru-baru ini  Saddiq telah membawa Bella dan Ayden melawat setiap tempat di Parlimen sambil menegur sapa dan bergambar dengan kakitangan serta Ahli Parlimen tanpa mengira daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *