Imej gajah telah jadi papan rata, pokok yang bentuk aneh di belakang hospital Kajang sudah digergaji

Advertisements
Advertisements

Bentuk aneh pada sebatang pokok terletak di belakang Hospital Kajang yang sebelum ini menjadi rumah ibadat haram telah digergaji yang dipercayai dilakukan oleh pihak berkuasa, baru-baru ini. Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Norma Mat Zain menerusi laman Facebook @Rumah Ibadat Haram Dibina Dimana Hari Ini memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam meratakan kulit pokok itu yang dikatakan mempunyai imej gajah.

“Info terkini, pokok ini telah di chainsaw tadi. Saya nampak masa lalu situ. Tahniah pihak berkuasa yang ambil tindakan, imej gajah telah menjadi papan rata,” ujar Norma Mat Zain. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius dalam menangani isu tersebut. Tidak kurang juga ada segelintir individu meluahkan rasa kasihan terhadap pokok tersebut yang menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa dipotong permukaannya bagi menggelakkan kejadian sama berulang kembali.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan orang awam mengenai sebatang pokok yang dipercayai bakal menjadi rumah ibadat sekiranya ia tidak dibanteras dari awal. Isu berkenaan mula menjadi perhatian ramai apabila sebuah rumah ibadat dipercayai berusia ratusan tahun dibina secara haram atas tanah wakaf milik Jakel.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *