Teruk kena kritik dengan warganet, kakak pemandu Honda Jazz buat permohonan maaf sebab pertahankan adik

Advertisements
Advertisements

KAKAK kepada pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kejadian di Senawang, Negeri Sembilan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat berhubung insiden itu. Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita dikenali sebagai Nur Athirah Najwa itu mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan komen yang menimbulkan kemarahan orang ramai. “Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang. Klik sini untuk lihat video.

Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.  Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya. Terdahulu, tular di media sosial apabila Nur Athirah memuat naik beberapa kenyataan yang seolah-olah mempertahankan adiknya susulan insiden berkenaan.

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan warganet yang mengkritik pemandu Honda Jazz terbabit kerana memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa dua individu. Pada Khamis lalu, satu kejadian jalan raya berlaku di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1. Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu, empat individu cedera teruk termasuk dua beradik lelaki.

Dua mngsa yang menaiki motosikal Modenas Kriss, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan pergi menghadap illahi di lokasi akibat kecederaan teruk di kepala. Susulan kejadian itu, polis mengesahkan pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, sehingga mengakibatkan kejadian ma*t membabitkan dua remaja, tidak mempunyai lesen memandu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *