Usahawan Ridzuan Ridzokumura menyatakan emosi anaknya, Sky belum stabil selepas kehilangan ibu tercinta, Akiko Okumura dan masih bergelut dengan perasaan sedih. Menerusi perkongsian terbaharu, Ridzuan berkongsi keadaan emosi anak lelakinya,Sky Taizo Okumuritu,13, yang masih menangis setiap kali teringat Allahyarham ibunya. “Setiap hari Sky menangis, kejap okay, kejap ingat mummy, menangis lagi. Ya Allah, kuatnya dugaan hidup ini, abang terasa abang seperti burung yang kehilangan sebelah sayap,” luah Ridzuan, menggambarkan betapa peritnya kehilangan ini. Klik sini untuk lihat video.

Pada perkongsian yang sama, pemilik nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, ini juga akan sentiasa mencuba untuk memberikan kekuatan kepada Sky. Rata-rata warganet di ruang komen turut sebak melihat keadaan Sky dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan.


Bukan mudah untuk seorang anak seusia Sky menghadapi kehilangan sebesar ini. Ibu adalah tempat bermanja, berkongsi cerita, dan sumber kasih sayang yang tidak ternilai. Bila ibu sudah tiada, hidup rasa kosong, seperti ada satu bahagian dalam diri yang hilang begitu saja. Sebagai seorang bapa, Ridzuan pastinya berusaha untuk memberikan kekuatan kepada Sky. Walaupun dia sendiri berduka, tanggungjawabnya kini bertambah besar untuk memastikan anaknya terus kuat dan dapat meneruskan kehidupan dengan semangat yang baru.
Sebelum ini, Ridzuan pernah berkongsi anaknya masih mencari setiap kali bangun tidur dan meluahkan mengapa Tuhan mengambil ibunya pada usianya baru 13 tahun. Pada Jumaat Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematiannya tidak didedahkan. Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.