Pelakon jelita, Erra Fazira,51 tahun tampil terbuka mendedahkan status hubungannya bersama ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun atau mesra disapa Mr E yang dikatakan sedang hangat dilamun cinta sejak Ogos tahun lalu. Menerusi hantaran di Instagram hibglam.com.my, memaparkan Mr E mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama aktres itu dan bersedia untuk ke fasa seterusnya. Klik sini untuk lihat video.

“Sudah lama kami kenal cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia. Status perhubungan kami sekarang adalah untuk cuba ke fasa seterusnya iaitu fasa yang lebih baik. Dari fasa kenal kepada lebih mengenali, kemudian mungkin ada merancang sesusatu begitulah,” kata Mr E. Namun demikian, lain pula di mata warganet apabila menzahirkan perasaan kurang senang melihat penampilan teman lelaki Erra yang dianggap selekeh dan tidak setanding dengannya. Dalam perkongsian tersebut, gaya rambut Mr. E seakan tidak disikat dengan rapi dan dilihat sedikit berusia kerana sudah dipenuhi uban.


Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 100,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka. Terdahulu, Erra memberitahu dia lebih berhati-hati dalam memilih teman lelaki untuk bercinta namun tidak menafikan kontroversi yang menyatakan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang merupakan ahli perniagaan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.