Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad mengakui terkesan dengan kontroversi dakwaan mempersendakan upacara agama lain yang telah mendapat perhatian ramai sebelum ini. Menerusi podcast AididitMyWay bersama hos Aidid Marcello, Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad berkongsi, dia tidak mampu menahan air mata sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak radio untuk direhatkan.
“Saya dapat surat direhatkan selepas kami keluar dari Bukit Aman. Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis. Saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (karier)? Saya tak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau saya yang mohon cuti. Tetapi kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.”
Bercerita lanjut, penyampai radio berusia 42 tahun itu berkata, ketika kejadian tersebut berlaku dia hanya memikirkan tentang kerjaya dan masa depan anak-anak. “Anak-anak juga tengah membesar, dapat surat macam itu memang mental. Saya macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya.
Macam saya, saya harung jatuh dan bangun itu sendiri tapi bila sampai surat hancur saya jadinya. Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. Karier ini memang tak ada back up. Sebelum ini, tular video memaparkan Azad Jazmin dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa. Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.
Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Terdahulu, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.