Pempengaruh Prince Syed berjaya mendapat perhatian ramai apabila telah berhabis sebanyak RM980,000 membeli barang kemas buat isterinya. Menerusi perkongsiannya di TikTok, barang kemas itu dibeli sempena Hari Raya yang bakal tiba. “Lepas geram shopping raya, tu harga lepas diskaun semua, pada saya okay sangat nilai RM980,000 tu dengan banyak emas yang dapat dibeli kali ini untuk pakai raya tapi banyak sangat diskaun mereka bagi kat saya.
Alhamdulillah, jauh sangat beza harga, tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir satu juta ringgit kat kedai ni sahaja,” tulisnya. Tambah Prince Syed lagi, dia tidak kisah untuk membelanjakan sebanyak itu kerana jasa dan pengorbanan isterinya lebih besar berbanding nilai tersebut. “Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai tu tak penting, yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang, moga isteriku akan jadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup. Klik sini untuk lihat video.

“Kita beli apa-apa cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma janganlah berlebih-lebih, ikut kemampuan InsyaAllah,” tambahnya. Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan di platform TikTok. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.