Banyak andaian yang tersebar, tak boleh berdiam Ridzuan Ridzokumura tampil kongsikan kisah arwah isteri jatuh dari tingkat 4

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura akhirnya membuka mulut dan mendedahkan punca kematian isteri iaitu Akiko Okumura. Ridzuan berkata, arwah terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah sebelum disahkan pergi menghadap illahi di tempat kejadian. Klik sini untuk lihat video.

“Arwah jatuh atas tanah bukan batu, dia jatuh dari tingkat empat. Saya turun ke bawah dan cuba kejutkan dia, namun dia tak sedarkan diri. Saya panggil security guard dan minta telefon polis serta ambulan. Saya tak berani alihkan mukanya. Saya kemudian lari naik ke rumah untuk ambil tuala untuk tutup bahagian yang terdedah kerana dia pakai baju tidur waktu itu. Ambulan sampai dan terus periksa keadaan isteri, petugas perubatan beritahu isteri saya sudah tiada lagi.”

Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya, pada malam Selasa. Walau bagaimanapun, bapa kepada seorang cahaya mata itu tidak tahu bagaimana isterinya boleh terjatuh kerana ketika kejadian dia sedang tidur. “Isteri saya jenis suka mengemas rumah, saya tidak tahu sama ada dia mungkin terjatuh ketika sedang mengemas. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh dan ketika insiden itu terjadi saya sudah tidur.”

Jumaat lalu, Ridzuan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah pergi menghadap illahi namun tidak mendedahkan punca pemergian. Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *