Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan raih keputusan cemerlang dengan dengan gred purata nilai 3.78 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar di laman Instagramnya, dia berkata tingkatan empat adalah fasa sukar buat Rayyan yang perlu menghadapi rintangan bagi mengekalkan kejayaan dalam bidang akademik.
Malah, Rita sempat menitipkan nasihat buat anaknya supaya tidak melupakan tanggungjawab wajibnya sebagai seorang hamba dan menjadikan kitab suci al-Quran sebagai teman baik jika mahu berjaya di dunia dan akhirat. “Anugerah Pengetua MRSM SUBES hari ini, alhamdulilah 3.78, tahun ini tingkatan 4 adalah tahun yang paling mencabar kata Rayyan. Klik sini untuk lihat video.


Insya-Allah dengar cakap mommy, dengar cakap ustazah Nor Faiza dan guru-guru. Jangan tinggal solat, bersahabat dengan al-Quran, insya-Allah berjaya dunia dan akhirat. Terbang tinggi Airit Rayyan, ingat mommy ni awan nano awak,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Rayyan berhubung kejayaan dalam pembelajaran. Mereka juga berharap agar dia terus membanggakan ibunya dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain di atas kecemerlangan dalam bidang sukan dan juga akademik.

Bukan itu sahaja, ramai golongan ibu bapa mengidolakan Rita yang juga merupakan seorang ibu tunggal dalam membesar dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan berjaya. Sebelum ini, Rita Rudaini ada berkongsi beberapa kejayaan anak-anaknya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna terutamanya dalam bidang sukan. Penerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 itu kerap meraih pujian apabila cekal membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang suami.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.