Bukan buat bariatrik, rupanya setahun Enot tak makan nasi sampai boleh kurus macam ni

Advertisements
Advertisements

TAMPIL lebih langsing, penampilan baharu pelakon Enot menjadi perhatian ramai yang rata-rata ingin tahu rahsia dia berjaya menurunkan berat badan. Menjawab perkara itu, Enot atau Aliza Abdullah, 46, berkata, perubahan itu bukan disebabkan melakukan pembedahan bariatrik sebaliknya menjaga pengambilan gula dan nasi selain melakukan senaman setiap hari.

“Gula pun saya tak ambil. Saya ambil gula titik (pemanis tanpa kalori). Kalau minum kopi saya buat tanpa gula, kopi pahit atau kopi O. Nasi pun saya tak ambil dan ikutkan betul-betul tak makan nasi adalah setahun,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok miliknya. Menurut Enot, sebagai bekas pesakit kanser usus, dia tidak boleh melakukan operasi bariatrik kerana ia boleh mengacam nyawanya. Malah dia juga dinasihatkan oleh doktor agar menurunkan berat badan selain mengubah gaya hidup sihat kerana masalah sakit tulang belakang dan lutut.

“Saya bekas pesakit knsr usus. Usus saya tak boleh usik langsung, bermakna saya tempah ma*t kalau saya potong usus. Saya diminta menurunkan berat badan kerana mempunyai masalah sakit tulang belakang dan lutut tapi kena turunkan secara semula jadi. Jadi saya buat ‘sit up’ 100 kali sebelum tidur, 100 kali selepas bangun,” ujarnya.

Jelas Enot, beratnya kini sudah mencecah 75 kilogram (kg) berbanding sebelum ini pernah mencecah 100kg. Dalam pada itu, Enot juga terkilan apabila dirinya dituduh melakukan operasi bariatrik memandangkan kewangannya tidak begitu kukuh untuk berbelanja ke arah itu. “Dulu saya pernah kurus tapi masa zaman sekolah. Itulah mereka cuma tahu asalkan kurus sahaja mesti potong usus.

Mereka tahu menfitnah tanpa bertanya. Banyak sangatlah duit saya nak potong usus (bariatrik). Hari itu masa bedah lutut pun saya minta bantuan orang,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *