Tak nak keruhkan lagi keadaan, Risteena lega sebab kes Ruhainies dan Aliff Aziz dah selesai

Advertisements
Advertisements

KETIKA isu khalwat adiknya iaitu Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz menjadi bualan warganet, pelakon Risteena pula memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, berkata dia enggan mengeruhkan lagi keadaan tambahan pula isu berkenaan juga sudah diselesaikan dengan baik. “Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif.

Risteena enggan beri ulas tentang isu Ruhainies dan Aliff. “Tapi sebenarnya hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku. Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai,” katanya. Berkongsi keadaan terkini Ruhainies, Risteena berkata adiknya itu tidak membaca apa-apa komen buruk dan dilihat tenang berdepan ujian berkenaan. Malah Risteena turut memberitahu mereka ada merancang untuk tunaikan umrah dan beraya di Tanah Suci Makkah seperti tahun lalu.

“Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tidak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa, tapi setakat ni tengok dia okay sahaja. Kami juga ada rancang nak tunai umrah dan beraya di sana,” jelasnya Pada 27 Februari lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan kes khlwat melibatkan Aliff dan aktres Ruhainies telah selesai. Malah kedua-dua mereka sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000 selepas membuat pengakuan bersalah. 

Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat pada 9 Mac tahun lalu selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Dalam sebutan pertama kes berkenaan pada Julai tahun lalu mereka mengaku tidak bersalah. Ketika isu khalwat itu berlaku, Aliff masih merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah. Pasangan itu kemudian disahkan berpisah talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *