Tak menentang poligami, Abby Abadi tampil suarakan pendapat tentang poligami

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menjadi perhatian apabila tampil memberikan ulasan berkaitan dengan isu poligami menerusi aplikasi Threads. Menerusi ciapan yang dibuat, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa tidak setuju apabila ada segelintir berpendapat kewangan bukan satu kepentingan sebaliknya kasih sayang menjadi tunjang utama kepada kebahagiaan hidup berpoligami.

Bukan itu sahaja, bekas ahli kumpulan ‘Elite’ turut mempersoal golongan isteri yang memilih untuk hidup bermadu sedangkan si suami tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. “Terbaca satu thread tentang poligami, ‘Poligami bukan tentang kewangan, tapi tentang kasih sayang’. Hah? Salah besar itu. Siapa-siapa yang tulis itu baik tarik balik. Menempah kalau teruskan. Banyak-banyak sunnah, kenapa poligami jadi pilihan?

Nak tanggung diri sendiri pun sedihhh, apatah lagi nak tanggung anak orang. Sekarang pun ramai je isteri monogami yang tanggung diri sendiri. Apatah lagi yang berpoligami. Memang sendiri juga cari rezeki, tanggung keperluan sendiri. Itu yang hairan kenapa nak juga diduakan.”

Sementara itu, pelakon berusia 48 tahun ini memaklumkan dirinya tidak menolak poligami namun menasihatkan para suami untuk menambah ilmu sebelum bermimpi untuk beristeri ramai.”Saya tak menentang poligami tapi kalau tak ada ilmu, tak payahlah seronok sangat sebab kahwin itu bukan macam main masak-masak. Dilahirkan atas dunia ini sebagai hamba Allah pun dah besar tanggungjawabnya, apatah lagi nak jadi seorang suami yang beristeri lebih dari satu.

Takyah sembanglah, seorang pun makan minum pakai, tempat tinggal tak tertanggung sempurna apatah lagi kalau ramai.” Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Abby.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version