Nama kembali menjadi sebutan warganet sebagai penyondol, Alya Iman akui tak nak lagi kenang masa lalu

Advertisements
Advertisements

NAMA pelakon Alya Iman kembali menjadi sebutan warganet selepas dikaitkan antara selebriti yang terlibat menjalinkan hubungan dengan suami orang. Menyedari perkara itu, Alya atau Alya Ziman Azmil, 24, memberitahu dia tidak membaca komen netizen di media sosial dan enggan mengenang perkara yang sudah berlalu.  “Kalau orang nak melibatkan nama saya, ia adalah di luar kawalan saya. Perkara yang sudah berlalu, dah pun berlalu. 

Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun. Saya tak baca komen negatif malah setiap komen di media sosial saya pun kadang kala saya tak baca semua komen ditulis.  Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya.  Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor pada Selasa. 

Sebelum ini, netizen mengaitkan beberapa nama selebriti yang didakwa menjadi perampas suami orang dan antara yang menjadi sebutan adalah Alya. Perkongsian itu dibuat di laman Threads berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.  Ditanya sama ada terdapat individu cuba menjatuhkan dirinya sewaktu sedang menempa nama dalam industri hiburan, Alya memberitahu dia percaya setiap rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT. 

“Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita,” ujarnya. Pada tahun 2020, Alya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang. 

Perkara itu dibongkar oleh isteri ahli perniagaan berkenaan menerusi Instagram mendakwa suaminya berhubungan dengan pelakon baharu iaitu Alya. Wanita tersebut mendakwa sudah setahun suaminya menjalin hubungan sulit dengan aktres drama Bukan Kahwin Paksa ini. Mengakui dakwaan tersebut adalah benar, Alya berkata dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *