Ada yang cakap Erra Fazira dah kahwin secara rahsia, sekali ini pula penjelasan dari pengurus dia

Advertisements
Advertisements

Sejak semalam tular dakwaan dari sebuah portal yang mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin secara rahsia pada minggu lepas. Meskipun tidak mendedahkan identiti aktres terbabit, namun netizen mula berspekulasi mengatakan Erra Fazira merupakan selebriti yang dimaksudkan. Susulan dakwaan tersebut, pengurus kepada Erra Fazira iaitu Sharenda Razak menafikan spekulasi itu. Menurutnya, dakwaan tersebut disifatkan sebagai lucu dan status Erra kini kekal sebagai ibu tunggal.

“Siapa yang cakap? Mana ada…Erra belum kahwin dan masih solo,” katanya yang mengulas laporan mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya. Dalam temubual dengan media sebelum ini, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, memberi jaminan tidak akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum jika satu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengannya, iaitu Ezwan Zain yang juga dikenali sebagai Mr. E.

Ezwan juga dilaporkan sebelum ini mengakui hubungannya Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu semakin serius. Malah pasangan ini juga dilihat semakin terbuka dengan hubungan mereka apabila tampil dalam satu sesi live di platform media sosial. Sesi live tersebut mengundang reaksi positif pengikut yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *