Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal, menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran tegas di Instagram, menuntut bekas pasangannya, Jofliam, memulangkan semula pelbagai barangan miliknya termasuk peralatan dapur, koleksi kasut dan dokumen penting anak-anak mereka, Han dan Yuki.
Dalam hantaran tersebut, Cik Epal secara terbuka menyenaraikan 12 item yang perlu dipulangkan, antaranya antaranya barangan dapur dan kasut miliknya. “Next week pulangkan Han&Yuki aku nak semua ni sekali: “Pinggan mangkuk putih gold, set pinggan mangkuk Corelle hadiah ibu aku, Thermomix, koleksi alat bento, papan pemotong dan sudip yang diukir nama “Cik Epal”, periuk nasi, air fryer, KitchenAid Food Processor, set cawan dan gelas yang aku beli sendiri, pakaian ibu dan ayah aku, semua kasut aku dan passport Han & Yuki,” tulis Cik Epal.

Cik Epal menegaskan bahawa dia memberikan notis awal agar Jofliam mempunyai masa mencukupi untuk mengemas dan memulangkan barang-barang tersebut minggu hadapan.“Aku tahu kau baca ni. Kalau kau ada maruah tak hamak harta orang, sila pulangkan semuanya next week.
Kalau kau ada maruah tak hamak harta orang, sila pulangkan semua nya next week,” tambahnya. Hantaran tersebut pantas menarik perhatian warganet, dengan ramai memberikan sokongan kepada Cik Epal dan memuji keberaniannya bersuara secara terbuka. Ada juga yang menzahirkan rasa simpati atas situasi yang dilalui oleh pasangan ini, yang sebelum ini sering tampil bahagia di laman sosial.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.