Dilahirkan di hospital swasta, Datin Shahida kongsikan sejarah hidup sebab bimbang ada yang ingat dia duduk tepi jalan

Advertisements
Advertisements

PERSELISIHAN faham melibatkan keluarga usahawan Rozita Ibrahim semakin panas apabila ada di antara mereka saling berbalas kenyataan di media sosial. Terbaharu menantu Rozita iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menceritakan sejarah hidupnya seolah-olah menjawab kenyataan dikeluarkan oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam tentangnya sebelum ini. Mula menyertai kumpulan nasyid Solehah seawal usia 14 tahun, kata Shahida dirinya sudah lama dikenali.

Malah kata Shahida dia juga pernah menjadi model iklan jenama syampu Sunsilk yang turut melonjakkan namanya dalam bidang seni. “Saya meneruskan persekolahan di Bandar Baru Sentul sehinggalah saya menjadi ahli kumpulan Solehah pada berusia 14 tahun. Jadi, bermakna saya tak menumpang populariti sesiapa. Saya masuk nasyid, kemudian jadi model iklan Sunsilk,” katanya. Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video sebagai menjawab beberapa kenyataan Rebecca memintanya bersyukur dengan kehidupan mewahnya sekarang.

Selain mendakwa usahawan itu menumpang kekayaan dan populariti suami, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibu mentuanya. “Saya nasihatkan makcik sujud syukur sebab ada lelaki kaya, mertua kaya. Makcik tak perlu lebih-lebih bagi kenyataan apa-apa. Kau kena ingat makcik, kalau tak, kau duduk tepi jalan je,” katanya. Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Shahida secara sinis memberitahu dia dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Ia memberi gambaran dia bukanlah pernah hidup susah sejak kecil. “Pada 14 Mac 1985, pada pukul 6.37 pagi di Sentosa Medical Center. Bersalin pun di swasta. Saya kena cerita sejarah (bersalin hospital) swasta, nanti awak kata saya duduk tepi jalan,” ujarnya. Ketegangan di antara mereka timbul apabila Rebecca, 39, tampil menerusi sebuah video menjawab tuduhan dia kononnya cuba menumpang populariti di atas perkahwinan abangnya dengan Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita.

Ia susulan Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Apa menjadi perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida dan menggelarnya sebagai bodoh. Isu bertambah hangat apabila adik ipar Shahida iaitu Maryam Nur Imani pula tampil bersuara mempertahan Shahida dan menganggap apa diperkatakan pelakon itu seperti sedang bercakap kepada diri sendiri.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel. Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *