Keluar rumah 6 bulan tanpa beri nafkah, Dewi dedah Cik Epal adalah punca bekas suami dia langgar taklik

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada usahawan Jofliam iaitu Dewi tampil bersuara tentang perpisahan dengan bekas suami sebelum ini. Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mendakwa bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal menjadi punca pergaduhan antara Dewi dan bekas suami. Difahamkan rentetan itu, bekas suami Dewi meninggalkannya selama enam bulan tanpa nafkah dan melanggar lafaz taklik.

Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi kemudian mengesahkan kenyataan tersebut. “Saya tidak pernah bercakap tentang perkahwinan saya sebelum ini kerana mahu menjaga aib bekas suami. Tetapi apa yang dikatakan individu tersebut adalah benar.” Dalam pada itu, Dewi memaklumkan dia telah menyerahkan semua bukti kepada pihak peguamnya untuk meneruskan kes mahkamah.

“Saya juga tahu dia (Imran) akan menjadi saksi kepada kes mahkamah yang telah difailkan. Saya sudah hantar semua mesej dan rakaman audio antara saya dan bekas suami kepada pihak peguam. Selebihnya biar dibicara di dalam mahkamah. Saya doakan Imran terus maju dan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *