Sejak kahwin nama jadi bualan hangat, kali ni warganet dakwa Dewi tiru penampilan Cik Epal

Advertisements
Advertisements

Sejak kebelakangan ini, nama isteri kepada usahawan piza, Jofliam iaitu Dewi menjadi bualan hangat warganet selepas mendirikan rumah tangga pada 5 April. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Thread @Halina Kamaludin, warganet dakwa Dewi meniru penampilan influencer Cik Epal yang juga merupakan bekas isteri Jofliam dari segi gaya tudung dan padanan warna baju.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat perbandingan gaya fesyen Dewi yang begitu mirip dengan Cik Epal malah, cara bergambar yang ditampilkan Dewi turut mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial. Susulan itu, persamaan penampilan yang begitu ketara dengan Cik Epal telah menyebabkan ramai menganggap Dewi tidak mempunyai identiti sendiri.

Sebelum ini, nama Dewi menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keruntuhan mahligai Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal. Untuk rekod, Jofliam pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014, namun, disahkan berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Han dan Yuki.

Jofliam kemudiannya bernikah dengan Dewi pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis di Ampang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *