GAGAL memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bererti seseorang itu tidak lagi mampu untuk menunjukkan kejayaan dalam bidang akademik. Dalam hal ini, pelakon Didie Alias berkongsi pengalaman melibatkan salah seorang daripada anaknya yang hanya mendapat keputusan 1A dalam SPM namun berjaya meneruskan pengajian hingga ke peringkat sarjana.
“Saya nak kongsi sikit pengalaman anak saya pun pernah dapat 1A sahaja dalam SPM tapi berkat usaha gigih, dia fokus belajar nak tunjukkan kepada saya, sekarang dia dapat dapat master. Jadi selamat maju jaya untuk masa hadapan anda, teruskan berjuang!” katanya. Didie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Khamis.
Dalam pada itu, Didie atau Nur Fadzilah Ali, 54, turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan SPM pada Khamis. Mengetahui ada segelintir pelajar yang kecewa dengan keputusan diperoleh, Didie sempat menitipkan pesanan supaya mereka tidak berputus asa kerana masih ada masa untuk mereka beroleh kejayaan. “Kepada anak-anak yang baru dapat keputusan SPM, tahniah mummy (panggilan Didie) ucapkan, untuk yang dapat straight A atau tidak.
Bagi yang tak berjaya jangan risau, SPM adalah permulaan untuk anda. Saya dengar ada yang kecewa, tak mengapa. Masih lagi awal,” ujarnya. Untuk info, keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata seramai 14,179 (3.7 peratus) calon mencapai keputusan cemerlang iaitu mendapat markah A+, A-, atau A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat dari 3.1 peratus calon pada 2023.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.