Berharap dapat jadi isteri dan ibu yang baik, Eyka Farhana tengah menghitung hari bahagia

Advertisements
Advertisements

Tanpa terlalu banyak bicara, dan penuh rasa rendah hati, pelakon Eyka Farhana berharap dapat menjadi isteri dan ibu yang baik apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak. Menurut laporan Utusan Online, Eyka mengesahkan bahawa dia sedang menghitung hari untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama jejaka pilihannya, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar hari bahagia mereka kerana majlis pernikahan tersebut akan diadakan dalam suasana sederhana, namun penuh makna serta ia hantar melibatkan ahli keluarga sahaja.

”Ia bukanlah majlis tertutup, tapi jumlah tetamu terhad. Persiapan hampir selesai. Saya harap majlis nanti lancar. Dan saya harapkan doa yang baik-baik dari peminat,” katanya. Mengulas tentang perasaannya menjelang hari pernikahan, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui dia melalui pelbagai emosi ketika ini. ”Berdebar, teruja, semua ada. Apatah lagi banyak yang saya kena belajar sebelum memulakan hidup sebagai isteri.

Apa pun saya berterima kasih kepada yang mendoakan. Saya harap dapat jadi isteri dan ibu yang baik,” kongsinya. Tambah istimewa, Eyka turut berkongsi bahawa Akhyar seorang yang sangat memahami dan tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif dalam dunia lakonan meskipun selepas berkahwin kelak. ”Malah dia sangat memberikan sokongan dan sentiasa menggalakkan saya. Keadaan selepas kahwin pasti berubah, kena lebih banyak masa bersama.

”Tapi dalam masa yang sama saya tidak akan tinggalkan karier meskipun perlu ikut bakal suami kalau dia terpaksa berpindah jika ditawarkan bermain di tempat lain,” ujarnya. Pasangan ini kini dilihat sebagai antara pasangan selebriti dan atlet yang mendapat perhatian ramai, dan peminat tentunya menantikan hari bahagia mereka dengan penuh keterujaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *