Tak mahu tentukan kehidupan anak, Datuk Yusof Haslam galakkan Syamsul untuk cari pasangan

Advertisements
Advertisements

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur melihat perkembangan terkini anaknya yang juga merupakan pengarah hebat, Syamsul Yusof. Ketika ditemui, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam Khan berkata, Syamsul dilihat semakin tenang selepas melalui fasa perpisahan buat kali kedua tahun lalu. Dalam masa yang sama, penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ itu mendedahkan dia sentiasa berpesan kepada Syamsul untuk tidak sesekali patah semangat dengan segala ujian dalam kehidupan.

“Saya perhatikan bahawa proses penggambaran bagi filem Original Gangster ambil masa lama dan mungkin itu disebabkan oleh banyak masalah yang berlaku dalam hidup dia sebelum ini. Sekarang Alhamdulillah dia nampak lebih fokus. Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus. Saya pesan kepada syamsul, apa sekalipun kena kuat semangat.”

Yusof berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem ‘Blood Brothers Bara Naga’ bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin. Melihat kepada perkembangan positif anaknya itu, Yusof berkongsi bahawa dia sangat menggalakkan Syamsul untuk mencari pasangan. “Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan.

Saya kata cari pasangan, hidup ini kalau tiada pasangan, tak ada makna. Paling penting dalam kehidupan ialah ketenangan dan bukannya kemewahan. Saya pesan juga agar bina hidup baru dan jangan hidup seorang diri tapi dia kata nak kekal solo buat sementara ini. Katanya, ‘Nantilah Papa’ dan nak fokus kerja malah dia pun ada dua lagi projek filem.”

Ketika ditanya adakah dirinya terbuka jika Syamsul dan Puteri Sarah bersatu kembali, Yusof memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak akan menentukan kehidupan anak-anak. “Saya tidak rasa Syamsul serik untuk mempunyai pasangan pada masa akan datang namun sebagai orang tua, saya doakan dia mendapat jodoh yang baik. Saya pun tak mahu mendesak dia perlu balik kepada Puteri Sarah dan sebagainya. Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus menjadi sahabatlah.”

Terdahulu, Syamsul menjadi perhatian apabila sama-sama meraikan 1 Syawal bersama bekas isteri, Puteri Sarah Liyana di kediaman Yusof dan Datin Patimah Ismail. Perkongsian tersebut membuktikan kedua pelakon itu tetap menjalinkan hubungan persahabatan yang baik meskipun sudah dua tahun berpisah. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *