Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya bersuara mengenai hubungan rapatnya dengan selebriti Bella Astilah selepas namanya hangat diperkatakan di media sosial. Memetik laporan dari Sinar Harian, ahli politik muda itu hanya memberikan jawapn ringkasn sewaktu ditanya tentang hala tuju hubungan mereka yang terlihat semakin mesra lebih-lebih lagi setelah masing-masing bertemu keluarga.
“Doakan saya dan Bella.” ujarnya seperti penuh makna. Dalam pada itu, Saddiq juga menyatakan yang beliau kini sedang menunggu keputusan mahkamah pada 17 April nanti dan berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya serta Bella Astillah. Hubungan mereka menjadi perhatian hari ini apabila muncul bersama dalam sebuah acara di Kelantan dengan berpakaian serba hijau.
Sebelum ini, ahli parlimen Muar berkenaan pernah meluahkan rasa kecewa apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan prosiding rayuannya berkaitan isu dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) atas faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang dilaporkan mengalami sakit tekak ketika itu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.