Ramai yang DM gara gara jadi jurusolek isteri Jofliam, sekali ini pula penjelasan dari Syedewa

Advertisements
Advertisements

Nama jurusolek selebriti terkenal (MUA), Syedewa baru-baru ini menjadi bualan netizen susulan menjadi jurusolek kepada isteri pempengaruh Jofliam. Terdahulu, perkongsian tentang perkahwinan Jofliam bersama wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi mendapat pelbagai reaksi warganet sehingga jurusolek kepada Dewi turut terpalit sama apabila ada yang mahu memboikot Syedewa. Lantaran itu, Syedewa atau nama sebenarnya Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar tampil bersuara mengenai hal tersebut.

Syedewa menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata, ada warganet yang memintanya untuk tidak memuat naik gambar pengantin perempuan itu kerana jika dia berbuat demikian, dia didakwa telah menyokong tindakan pihak berkenaan. Bagaimanapun, Syedewa menjelaskan dia tidak mengambil tahu urusan peribadi klien, selain hanya mengikuti kandungan berkaitan pekerjaannya di media sosial.

“First time selama 15 tahun aku jadi makeup artist ada orang DM aku jangan post makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku support mana-mana pihak. Dalam hal ini, aku tahu la sikit-sikit tapi tak ada ambil port sangat. Tak semua yang lalu FYP korang lalu FYP aku.” Katanya lagi, dia mengambil jalan tengah dengan menghormati mereka yang sensitif dengan isu ini dan juga hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang jurusolek.

Dalam pada itu, Syedewa turut berkongsi foto Dewi di Instagram Story buat tatapan pengikutnya di media sosial. Dia pun hanya jalankan tanggungjawab sahaja untuk kliennya. Tak usahlah perbesarkan isu yang tak sepatutnya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *