Wanita ni teruk kena kritik dengan warganet sebab boleh gelak bila kongsi momen anak runtuhkan pelamin kawan

Advertisements
Advertisements

Seorang wanita teruk dikecam selepas merasakan tindakan anak kecilnya yang merobohkan pelamin ketika majlis persandingan rakannya sebagai satu jenaka. Menerusi video yang dimuat naik semula @faizfayeshz di aplikasi X, wanita tersebut menceritakan kronologi kejadian itu sambil menonton semula video tersebut melalui telefon bimbitnya. Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dirinya sedang sibuk mahu bergambar bersama pengantin yang sedap makan di meja beradab. Klik sini untuk lihat video.

Sedang dia mahu bergambar, anaknya yang bermain di pelamin secara tidak sengaja telah merobohkan pelamin yang telah dihias cantik. Namun apa yang menggeramkan warganet ialah, wanita tersebut bercerita sambil bergelak ketawa malah menganggap kejadian tersebut sebagai satu perkara yang kelakar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita itu yang dilihat ketawa ketika berkongsikan semula kronologi kejadian tersebut. Sementara itu, amatan mendapati video itu  sudah dipadam wanita tersebut selepas menerima kritikan daripada warganet.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *