Beberapa hari yang lalu, pelakon Abby Abadi membuat pendedahan berkenaan kisah hidupnya selepas berpisah dengan bekas suami, Norman Hakim pada 17 tahun yang lalu. Berikutan itu, akaun Instagram pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza disrng warganet sehingga dilabel sebagai perosak rumah tangga. Tinjauan mendapati rata-rata warganet melempiaskan rasa marah terhadap tindakan pemilik nama Suhaiza Suhaimi kerana menjadi orang ketiga dalam hubungan Abby dan Norman.
Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warganet meminta supaya Memey menasihatkan Norman supaya memberikan nafkah kepada anak-anaknya bersama Abby. Tidak hanya itu, warganet turut mendakwa Memey seolah-olah dilihat seperti tidak mengambil peduli tentang perkara yang berlaku kerana masih aktif mempromosikan produk keluarannya.



Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.