Tak dapat tahan air mata kongsi kesedihan dengan warganet, Nur Nilam berharap bapa ada disisi untuk mempertahankan dirinya

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, berkongsi kesedihannya bersama warganet ekoran dugaan yang menimpanya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat tidak dapat menahan air mata apabila berkongsi tentang masalah yang dihadapinya ketika ini. Dalam nada sebak, Nilam juga berharap bapanya ada di sisi untuk mempertahankan dirinya. Klik sini untuk lihat video.

“Hari ini terlalu banyak benda yang datang. Kadang-kadang saya terfikir, kalau bapa saya masih ada..rasanya takkan jadi begini. Kalau dia masih ada, mesti dia akan lindungi dan jaga saya. Mungkin orang tak boleh buat apa-apa kalau bapa saya masih ada. Akaun (media sosial) saya pun tak dapat nak buat siaran langsung, dengan suami saya macam ini..berat sangat. Tak tahu nak ‘pegang’ dekat mana.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan ujian yang menimpa Nilam dan memberi kata-kata semangat buatnya. Terdahulu, kehadiran Nilam ke Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat pada Rabu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya berkenaan status rumah tangganya. Sebelum itu, Azlan didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita. Malah, Nilam turut berkongsi momen ketika suaminya itu sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.

Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, kemudian menafikan dakwaan bahawa isu tersebut sengaja dilakukan demi meraih perhatian warganet. Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *