Pelakon Muaz Zabir tampil memberi penjelasan susulan tularnya video mesranya bersama anak-anak penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ketika ditemui, pemilik nama Muaz Mohamad Zabir, 28, mengakui kurang selesa apabila ada segelintir pihak yang cuba membanding-bandingkan keakrabannya dengan anak-anak Bella. “Saya tak nak dibandingkan, lelaki tak suka dibandingkan.

Saya dengan budak-budak memang begitu, dengan anak buah memang rapat, anak Bella pun rapat. Saya memang suka budak kecil. “fcSaya rasa tidak patut dibandingkan kerana masing-masing ada cara tersendiri. Kita bukan nak berlawan siapa yang baik. Muaz berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station yang berlangsung, pada Selasa.
Dalam pada itu, Muaz turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu dengan Bella, keluarga atau mana-mana individu yang terlibat, termasuk Syed Saddiq. Malah hubungan mereka dalam keadaan baik. “Saya tak ada niat nak belah-bahagikan, saya sendiri sokong mereka (Bella & Syed Saddiq) kalau itu yang terbaik buat dia, silakan. Saya tak ada apa-apa masalah dengan keluarga Bella, Bella dan Syed Saddiq. Kami semua okay sahaja.
Saya bukan nak menunjuk yang saya baik dengan keluarga, rapat dengan anak-anak dia (Bella), tidak. Saya memang dijemput ke open house Bella.” Oleh hal demikian, Muaz mengingatkan warganet agar tidak merumitkan keadaan dengan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham antara mana-mana pihak.
Sumber:OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.