Ada yang cakap dia tumpang populariti keluarga madu, sekali ini pula penjelasan dari Umisya Mazlan

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh Umisya Mazlan tampil bersuara apabila didakwa menumpang populariti pelakon dan penyanyi Abby Abadi dengan kisah rumah tangganya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Umisya mendedahkan bahawa dia telah disekat di platform media sosial oleh Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania.

Menurut Umisya, dia enggan memanjangkan isu ini namun tetap harus bersuara demi menghentikan spekulasi yang berleluasa. “Pertama sekali terpanggil, dengan secara tiba-tiba ramai mesej bertanyakan tentang hal yang saya sendiri tak tahu. Malah, hal yang saya sendiri sudah tidak berminat untuk berkongsi ataupun respon. Tapi terlalu banyak fitnah yang dikeluarkan, saya ingin jelaskan kerana pelbagai spekulasi dan kata-kata kurang benar dari pelbagai pihak.”

Selain itu, Umisya juga menafikan dirinya menggesa permohonan maaf dari pihak terlibat seperti yang didakwa. Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menafikan dakwaan dirinya menumpang populariti keluarga madunya, Marissa Dania. Tambahnya, dia dan Marrisa bersetuju untuk meletakkan jurang antara satu sama lain bagi ketenangan masing-masing.

“Siapa sangka ujian sebegini membawa saya sampai ke sini. Kalau betul saya tumpang populariti seperti yang dikatakan, saya sama sekali akan membuat konten berpegangan tangan bersama madu saya. Malah saya dan pihak sana membuat boundaries untuk ketenangan masing-masing. Hanya kami yang tahu hal-hal yang terjadi.”

Pada akhir perkongsian, Umisya memohon maaf pada semua pihak jika terdapat kesilapan dalam berkata-kata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *