Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu luah rasa kecewa dengan pizza wagyu percuma Jofliam

Advertisements
Advertisements

Segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan usahawan, Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan. Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu mendakwa, pizza yang dihidangkan itu tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut. Menerusi perkongsian yang tular di platform threads, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar dua potong pizza yang diambilnya.

Dapat dilihat pizza itu bersaiz sedikit kecil berbanding kebiasaan dan inti di atasnya juga tidak sebanyak yang disangka. Malah, ada yang mendapat hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan berwarna hitam. Perkongsian itu sekali gus meraih perhatian wargamaya dengan mendakwa tuan rumah seperti tidak ikhlas menyediakan juadah tersebut untuk tetamu yang hadir. Sementara itu, seorang lagi individu mendakwa, dia terpaksa beratur panjang dan ‘battle’ dengan lapan ribu tetamu lain untuk mendapatkan pizza wagyu tersbut.

Malah, ada yang mengatakan roti nan di kedai mamak jauh lebih menarik perhatian berbanding pizza yang diberikan secara percuma oleh Jofliam. Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *