Pelakon versatile, Rita Rudaini tampil memberikan respons susulan isu kontroversi melibatkan pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim. Kata Rita, isu nafkah bukanlah baru baginya kerana dia juga pernah terpalit dengan perkara sama apatah lagi ramai yang mendesak dirinya untuk menjadi seperti pasangan itu suatu ketika dulu. “Dulu mereka juga pernah berkata, ‘Rita Rudaini’ kena belajar jadi macam Abby dan Norman’. Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan.
Tak semua apa yang kau orang nampak itu lah yang kau orang tahu. Doa yang baik-baik dan cerita orang tak sama dengan kisah kita,” katanya. Terdahulu, Abby mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan sepanjang tempoh perceraiannya, Norman seakan bersikap ‘culas’ terhadap pemberian nafkah dan tanggungjawab ke atas anak-anaknya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.