PELAKON Shaheizy Sam berkata dia berjaya menurunkan berat badan secara mendadak sejak tiga bulan tanpa melakukan sebarang senaman. Berkongsi perkara itu, Sam memberitahu dia hanya menjaga pemakanan dengan makan sekali sehari bagi mendapatkan berat badan diingini. “Paling berat yang saya pernah timbang dulu berat badan cecah 90 kilogram dan sekarang ni hanya 67 kilogram saja, agak lama proses kali ini sebab kali ini saya tidak bersenam tapi hanya tukar cara pemakanan dan makan hanya sekali saja dalam sehari.
Saya sebenarnya dah buat diet ni hampir 10 tahun dan saya gunakan cara one meal day untuk turunkan berat badan malah akan makan bila saya betul-betul lapar. Saya selalu ambil pendekatan logik dan ideal adalah kita tidak perlu makan sampai tiga hingga empat kali contoh seperti Rasulullah, baginda kadang hanya makan kurma sahaja tapi tetap sihat, menang juga di medan perang.. sekarang alhamdulilah saya okay saja walaupun sudah tiga bulan sudah lakukan diet ni,” kata Sam.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.