Kemelut rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh dilihat sudah menemui titik noktah apabila pelawak itu didakwa sudah melepaskan isterinya dengan talak satu. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Fara berkongsi rakaman video memaparkan dirinya yang diceraikan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dengan talak satu menerusi panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp.

Namun, apa yang mengejutkan ialah Shuk didakwa melakukan lafaz cerai itu bersama sebuah agensi perkahwinan di Thailand. Dakwa Fara, Shuk memilih untuk tidak menceraikannya di Malaysia kerana takut dirinya akan membuat tuntutan berkaitan dengan nafkah serta tanggungjawab terhadap anak-anak. “Takut ke nak cerai nak Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang (kau) culas ke?
Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin. Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia. Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam).” Menerusi hantaran lain, Fara meluahkan rasa ‘syukur’ kerana Shuk telah menunjukkan sisinya yang sebenar sambil mendakwa pelawak tersebut langsung tidak menyokong kehamilannya dari awal.

Dalam pada itu, Fara turut menyindir beberapa pihak-pihak yang masih memberikan sokongan kepada Shuk sambil berharap mereka gembira dengan yang apa yang telah terjadi. Setakat artikel ini ditulis, Shuk dilihat masih belum mengeluarkan sebarang ulasan berhubungan dakwaan tersebut. Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.
Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya. Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023 Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.