Ramai yang kritik dia, Abby Abadi akui tak pernah rasa seperti ada menantu

Advertisements
Advertisements

Pelakon Abby Abadi menyifatkan Ahmad Aslam tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu selepas berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania. Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 48, walaupun anaknya sudah berkahwin namun dia tidak pernah rasa seperti mempunyai menantu. Abby turut meminta supaya orang ramai tidak menyamakan dirinya dengan bekas suaminya, Norman Hakim kerana selama ini dia yang membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Abby meluahkan isi hatinya di Instagram Story (IGs) baru-baru ini. “Sejujurnya saya tak pernah rasa seperti sudah ada menantu, tak pernah sebab memang tiada pun. Jangan samakan saya dengan dengan Norman sebab saya yang jaga anak-anak dari kecil. Anak itu ditinggalkan dengan saya macam itu sahaja. Makan, minum, pakaian dan tempat tinggal saya uruskan sendiri. Jadi memang tidak sama bila jaga dengan yang datang jumpa sekali sekala macam orang luar.”

Menjelaskan lebih lanjut, Abby berkata dia enggan berkongsi lebih lanjut tentang perkara yang terjadi namun berharap warganet tidak terus menghukum berkenaan perkara yang berlaku. “Tidak perlu nak cakap saya mak mentua redflag ke apa. Lalui sendiri nanti. Dua tahun sudah berlalu tiada apa yang diperbetulkan. Tak dapat nak kongsi semua tapi kalau tak tahu jangan terus menghukum.”

Perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan. Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *