Pelakon, Uyaina Arshad berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 16 kilogram (kg) dengan hanya berjalan menggunakan alat senaman yang dipanggil ‘walking pad’. Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram. Menurut Uyaina, dia akan melakukan senaman dengan berjalan di atas alat tersebut setiap hari. “Usaha tak akan mengkhianati hasil. Siapa yang tengok igs saya, mesti tahu apa aktiviti wajib saya buat setiap hari. Klik sini untuk lihat video.

“Setiap hari saya akan #SudahJalanKaBelum atas my walking pad. Tapi lepas berat saya stagnant, saya tukar sedikit rutin saya. Saya mula lari dan melakukan senaman melibatkan weight lifts. Setakat ini saya dah hilang a total of 16 kilos, hanya dengan berjalan. Sejujurnya, berjalan adalah senaman yang saya boleh buat setiap hari tanpa rasa penat. Berjalan juga bagus untuk kaki dan jantung,” kongsinya.
Dalam pada itu, Uyaina juga turut memberikan semangat kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat dan memberi saranan untuk melakukan senaman dengan cara berjalan. Kata Uyaina, berjalan tidak hanya menurunkan berat, tetapi juga dapat memberi perkembangan positif dari sudut kesihatan mental dan emosi. “Buat yang tengah struggle nak turunkan berat badan, cuba berjalan. Jalan je. Jangan fikir. Jangan malas. Jangan bagi alasan. Just walk.
Anda akan nampak perubahan dari segi berat badan, inch loss, kulit & paling utama adalah kesihatan mental. Saya rasa lebih sihat dan gembira sekarang. “Saya juga rasa gembira bila tengok ramai yang tag saya berjalan atas walking pad atau treadmill anda,” tulisnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.