Isu mengenai guru yang ada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang diberi nama samaran ‘Abang Wiring’ dilihat menjadi semakin hangat apabila bekas suami kepada guru tersebut sebelum ini ada mendedahkan bahawa lelaki tersebut bukanlah ‘kekasih gelap’ pertama wanita tersebut. Dia mendakwa, kecurangannya sebelum ini pernah terbongkar dan menjelaskan bahawa tempoh perkahwinannya hanya bertahan selama 6 bulan. Terpanggil dengan segala kecaman, ‘Abang wiring’ atau Hairul Ezuan tampil memberi keterangan menerusi Facebook miliknya hari ini.
Katanya, dia akan huraikan satu per satu setiap cerita yang kini hangat diperkatakan untuk persefahaman semua pihak dan sekaligus untuk membersihkan namanya. Jelas Hairul yang juga berstatus suami dan bapa ini, dia mengaku silapnya dan terima segala kecaman orang ramai terhadap dirinya. Namun begitu, ‘Abang Wiring’ meminta orang ramai agar tidak melempiaskan kecaman itu kepada isteri dan anaknya.
“Nak teruskan kecam tak ada masalah itu hak awak. Tapi tolong jangan babitkan anak & ahli keluarga saya. Tolong asingkan bab kerja dan hal peribadi. Cuma saya nak cakap dosa dengan Tuhan kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dgn orang selagi orang tak ampunkan, Allah takkan ampunkan. Hati hati dalam komen dan menyebarkan. Dalam masa 4 jam hantarannya ini telah meraih lebih daripada 800 jumlah pekrongsian dan rata-rata warganet menunggu penjelasan daripadanya. Apapun, kita tunggu apa cerita sebenarnya.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.